Pedoman Hidup…

Hanya padaNya aku bersujud..

Berpindah semula ke blogspot !! 15/10/2010

Filed under: Uncategorized — farahdilah85 @ 10:00 AM

salam semua..mohon maaf ats kesulitan… kini sy akan update semua entri terbaru dlm blogspot …harap2 sudi menjengah yer…

http://www.angahfarah-jalinankasih.blogspot.com

terima kasih semua…

 

Menghitung hari.. 14/10/2010

Filed under: Uncategorized — farahdilah85 @ 10:12 AM

salam semua..

syukur masih diberi daya upaya utk memandu sendiri..even termengah2 berjalan..

bila tgk tajuk menghitung hari..ye..mmg kini sy menghitung hari menanti suami pulang dari selesaikan tugasannya di Singapura..( 2 bulan) dan dlm masa sama..sy juga menghitung hari menunggu kelahirn bayi kami ini..

di fikiran sy kini tiba-tiba teringat kata-kata seorg rakan ofis suami yg memberi email kepada sy.. bertanya keadaan sy yg sudah hampir sebulan lebih tinggal di rumah sorang diri mengenangkan suami ditugaskan sekejap ke Singapura..

macam2 persoalan yg ditanya.. rakan ofis suami ni seorg kakak..sy panggil namanya kak huda..da ada 3 org anak.mmg baik dan peramah..sbb pernah bagi sy rasa buah pala (dr penang)..masa tu mmg mengidam..

aah..lupe pula..antara soalan dan jawapan yg sy rasa agak lucu dari kak huda :
” fara rajin masak ke tidak bila khairul x de ni? kalau akk malas..beli aja..sbb rasa macam main pondok-pondok pula masak sorang2..”

jujurnya memang sejak cik abang da ke singapura ni, sy agak lemah sket nak masak sorang2..nak tunggu sy masak, kena tunggu la cik abang yg request utk rasa masakan sy…

apa2 pun, fikirn sy kini lebih menanti bila agaknya cik abang selesai tugasannya di sana..insyaAllah..moga urusannya dipermudahkan Allah swt…amin..

 

Apa yang sy rasa sekarang ? 13/10/2010

Filed under: Uncategorized — farahdilah85 @ 3:24 AM

salam semua..

Alhamdulillah..hingga hari ini sy masih diberi kekuatan dan ketabahan utk meneruskn kehidupan..

rasa syukur atas rahmat dan nikmat yg Allah swt berikan..

hari2 yg sy lalui kini yg bakal menjadi ibu kelak, membuatkan sy rs begitu syahdu.. memikirkan betapa besarnya kuasa Allah swt yg Maha Esa…

rata2 rakan2 ofis dan rakan2 lama bertanya kpd sy.. dah siap beli barang2 baby? berdebar x nak melahirkan baby? da scan baby?

sy mampu tersenyum aja.. alhamdulillah..setakat ini.. barang2 keperluan baby da kami sediakn.. sekadr yg penting dahulu… brg2 sy pula pun sudah sy kemas2.. ada kala rasa risau di hati bertandang kerana duduk di rumah bersendirian.. almaklum , kini suami di Singapura..ditugaskn disana..insyaAllah..hujung bln ni selesai kerjanya di sana..setelah 2 bulan…moga semuanya berjalan seperti diharapkan..

jika ditanya perasaan sy kini..mmg sy akui agak berdebar2 … namum saat sy merasai dan melihat pergerakn baby sy di dalam perut ni, hilang sikit rasa debar2.. alhamdulillah..suami dan keluarga sentiasa memberi kata2 semngt…cuma keadaan kini sy rasa begiu mengah utk berjalan jauh..org kata biasala, da semakin sarat..berat rasanye..

apa2 pun, sy mengharapkn agar semua urusan kami dipermudahkn.. dan sebelum terlupa, sy ingin mengucapkan tahniah kepada rakan blog sy, kak umi kerana selamat melahirkn ank ke-3 pd 28 Sept lalu..dan tak lupa juga kepada rakan sekelas sy di UTM, zaslin yg juga selamat melahirkan anak sulung awal bulan Oct ini..tahniah sy ucapkn..

 

nice blog link to share 12/11/2009

Filed under: Uncategorized — farahdilah85 @ 11:08 AM

Salam,

 Entry kali ni, sy hanya mahu berkongsi sst dgn rakan2 semua…

After selesai membaca Novel Pendek ( SYAHADAH: DIALOG DGN GADIS MELAYU ATHEIS) – karangan Saudara Mohd Aswanizam… sy terus membuka laman blog nya…Alhamdulillah~ dpt jugak bbrp ilmu sebaik saja membaca tulisannya…

Tiada komentar yg boleh sy nyatakan disini…harap shbt2 semua dapatlah melawat web blognya – http://satuhala.blogspot.com/

 p/s: syukran saudara Nizam… moga saudara tidak berhenti utk menulis…

 

 

Produk HPA: Paramaria 27/10/2009

Filed under: Uncategorized — farahdilah85 @ 3:12 AM
Tags:

Paramaria Plus

Written by duniaherbahpa on Oct 20th, 2006 | Filed under: Produk Kapsul & Gel, Produk Untuk Wanita

paramaria.jpgParamaria Plus merupakan ramuan terbaik untuk wanita kerana ia mengandungi Kayu Serapat (Paramaria Leavigata) yang mengandungi minyak asiri cautchouc dan getah perca, berfungsi untuk mengencangkan rahim khusus apabila wanita tersebut bersalin atau menghadapi masalah rahim turun. Produk ini amat sesuai untuk wanita yang mengalami sakit pinggang, letih, kesemutan pada kaki dan tangan. Herba ini juga boleh digunakan untuk wanita yang akan memasuki alam pernikahan.

Produk ini tidak sesuai diamalkan oleh wanita hamil.

Sinergi terbaik :
1. Keputihan: Paramaria Plus + Keputihan + H.B
2. Kanser Rahim : Paramaria Plus + Shark Cartilage Plus
3. Bersalin: Paramaria Plus + Herba Tuju Angin
4. Senggugut: Paramaria Plus + Senggugut

Khasiat Paramaria Plus :
1. Melancarkan haid
2. Awet muda
3. Menghilangkan keputihan dan gatal pada kemaluan
4. Menghilangkan sakit pinggang
5. Menguatkan rahim
6. Menguatkan tulang
7. Manghaluskan kulit
8. Melambatkan menopous
9. Kebahagian rumah tangga

Komposisi (75 Kapsul per botol) :

1. Paramaria Legivata
2. Ardisa Crispa
3. Morinda Eliptica
4. Labisia Pothonia
5. Cinnamomum Iners

Dos :

Produk ini boleh diamalkan oleh semua wanita yang sudah baligh. Wanita antara 15 – 20 tahun 3 kapsul sehari. Wanita sesudah kahwin 8 kapsul sehari. Wanita Menopouse (putus haid) juga digalakkan mengamalkannya.

Harga Pengguna
Semenanjung Malaysia: RM 20
Sabah & Sarawak: RM 22

 

Barisan Kabinet Malaysia 2009 10/04/2009

Filed under: Isu Semasa,Uncategorized — farahdilah85 @ 12:22 PM
Tags:

PUTRAJAYA:

 

Senarai jemaah menteri yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak :-

 


PERDANA MENTERI: Datuk Seri Najib Tun Razak

 


TIMBALAN PERDANA MENTERI: Tan Sri Muhyiddin Yassin

 


MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI
1. Tan Sri Dr Koh Tsu Koon (Hal Ehwal Perpaduan & Pengurusan Prestasi)
2. Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz (Hal Ehwal Perundangan dan Parlimen)
3. Tan Sri Nor Mohamed Yakcop (Unit Perancang Ekonomi)
4. Mej Jen (B) Datuk Jamil Khir Baharom (Hal Ehwal Agama Islam)

 


Timbalan-timbalan Menteri:
1. Datuk Liew Vui Keong
2. Datuk Dr Mashitah Ibrahim
3. Datuk S.K. Devamany
4. Ahmad Maslan
5. T.Murugiah

 


MENTERI KEWANGAN:
Datuk Seri Najib Tun Razak

 


MENTERI KEWANGAN II:
Datuk Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah


Timbalan:
1. Datuk Chor Chee Heung
2. Datuk Dr Awang Adek Hussin

 


MENTERI PELAJARAN:
Tan Sri Muhyiddin Yassin


Timbalan:
1. Datuk Dr Wee Ka Siong
2. Dr Mohd Puad Zarkashi

 


MENTERI PENGANGKUTAN:
Datuk Ong Tee Keat


Timbalan:
1. Datuk Abdul Rahim Bakri
2. Datuk Robert Lau Hoi Chew

 


MENTERI PERUSAHAAN, PERLADANGAN DAN KOMODITI:
Tan Sri Bernard Dompok


Timbalan:
1. Datuk Hamzah Zainudin

 


MENTERI DALAM NEGERI:
Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein


Timbalan:
1. Datuk Wira Abu Seman Yusop
2. Jelaing anak Mersat

 


MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI, KESENIAN DAN KEBUDAYAAN:
Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim


Timbalan:
1. Datuk Joseph Salang Gandum
2. Senator Heng Seai Kie

 


MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR:
Datuk Peter Chin Fah Kui

Timbalan:
Noriah Kasnon

 


MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH:
Datuk Seri Shafie Apdal


Timbalan:
1. Datuk Hassan Malek
2. Datuk Joseph Entulu anak Belaun

 


MENTERI PENGAJIAN TINGGI:
Datuk Seri Mohd Khaled Nordin

Timbalan:
1. Datuk Dr Hou Kok Chung
2. Datuk Saifuddin Abdullah

 


MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI:
Datuk Mustapa Mohamed


Timbalan:
1. Datuk Mukhriz Mahathir
2. Datuk Jacob Dungau Sagan

 


MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INNOVASI:
Datuk Dr Maximus Ongkili


Timbalan:
Fadillah Yusof

 


MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR:
Datuk Douglas Uggah Embas


Timbalan:
Tan Sri Joseph Kurup

 


MENTERI PELANCONGAN:
Datuk Dr Ng Yen Yen


Timbalan:

Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman Abdul Taib

 


MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI:
Datuk Noh Omar


Timbalan:
1. Datuk Johari Baharum
2. Datuk Rohani Abdul Karim

 


MENTERI PERTAHANAN:
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi


Timbalan:
Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad

 


MENTERI KERJA RAYA:
Datuk Shaziman Abu Mansor


Timbalan:
Datuk Yong Khoon Seng

 


MENTERI KESIHATAN:
Datuk Liow Tiong Lai


Timbalan:
Datuk Rosnah Rashid Shirlin

 


MENTERI BELIA DAN SUKAN:
Datuk Ahmad Shabery Cheek


Timbalan:
1. Datuk Razali Ibrahim
2. Wee Jeck Seng

 


MENTERI SUMBER MANUSIA:
Datuk Dr S.Subramaniam


Timbalan:Datuk Maznah Mazlan

 


MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA:
Datuk Ismail Sabri Yaakob


Timbalan:
Datuk Tan Lian Hoe

 


MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN:
Datuk Kong Cho Ha


Timbalan:
Datuk Lajim Ukin

 


MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT:
Datuk Seri Sharizat Jalil


Timbalan:Datin Paduka Chew Mei Fun

 


MENTERI LUAR:
Datuk Anifah Aman


Timbalan:
1. A.Kohilan Pillay
2. Datuk Lee Chee Leong

 


MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN:
Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin


Timbalan:
Datuk M.Saravanan

 kabinet_2009

 

ahlan wahsahlan..farah

Filed under: Uncategorized — farahdilah85 @ 10:18 AM

salam..

Ini adalah blog (wordpress) yg sy create even sudah mempunyai blog seblm nie(blogspot)..saje tukar angin.. insyaAllah..mudah-mudahan sy akan sentiasa berkongsi cerita dan berita bersama-sama shbt semua..

Diharap menerusi blog nie..dptla kita merapatkan ukhuwah sesama kita..