Gambar ini diambil masa majlis rumah terbuka rakan ofis suami di Perling… sempat bergambar dgn anak rakan ofis suami yg lain…sabar ye sofea..tahun depan insyaAllah ada kawan yer….
Raya di rumah Kak Zarah & Festival Jepun-Malaysia 01/10/2010
Salam semua..
Alhamdulillah… hari sabtu yang lalu..sempat juga sy dan suami berkunjung ke rumah kak zarah (rakan ofis sy) di tampoi,johor..biarpun suami masih keletihan..kerana baru balik dari Singapura,alhamdulillah..diberi kesempatan utk bertandang..terima kasih kak zarah atas jemputan…kami tiba selepas zohor.. rakan ofis lain yg sempat bertandang – Yana dan suami serta Hairul dan isteri..banyak juga makanan yang kak zarah sediakan… ada spaghetti, mee goreng, nasi himpit dan rendang kerang… rendang kerang ni, suami makan berulang2..katanya sedap..yelah,rendang ni rasanye org utara aja yang masak..jadi,memang kat johor ni jarang nampak…
Juadah : Mee Goreng, Spagetti, ada lontong dan rendang kerang…
Yana dan Suami
Bob dan isteri
saya dan yana
Dalam jam 3.30 ptg, kami minta izin utk balik… sbb suami mengajak ke Danga Bay..katanya ada festival.. sy pun tak bertanya lebih..ikut saja…rupanya Festival persahabatan Jepun-Malaysia..memandangkan suami bekerja di bawah syarikat Jepun, jadi secara tidak langsung syarikatnya pernah terlibat sama… kami ke sana tak lama… saya pun tak berapa larat berjalan… kaki dah mula lenguh2.. sempat la ambil beberapa keping gambar…
cenderamata yang diberi kepada orang ramai