Pedoman Hidup…

Hanya padaNya aku bersujud..

Kelas Antenatal kami.. 04/10/2010

Filed under: Kehamilanku.. — farahdilah85 @ 9:36 AM

Salam semua,

 Ahad lepas, sy dan suami diberi kesempatan utk bersama-sama menghadiri kelas antenatal di Hospital Columbia Asia nusajaya,johor…

Kelas bermula pada jam 10.30 pagi… sempat juga merasa sarapan yang disediakan..sedap juga pancake yg sy rasa…

berasa teruja menghadiri kelas ini… sy mendapat maklumat melalui kenalan tentang kelas di hospital ini.. Seramai 7 pasangan hadir.. kami semua dibawa ke bilik taklimat..di situ kelas diadakan..

 Sempat juga bergambar kenangan di kelas.

Skop kelas dibahagikan kepada 5 bahagian:

1)      Penerangan tentang kelahiran (normal) – disampaikan oleh Dr.Teh.

(Penerangan lebih kepada persediaan mental fizikal ibu utk melahirkan bayi..cara yang betul untuk menghadapi saat kelahiran.. ada bbrp gambar proses kelahiran ditunjukkan..)

2)      Penerangan tentang persediaan menerima kelahiran bayi – disampaikan oleh Dr.Izzudin

(Penerangan lebih kepada penjagaan bayi di awal kelahiran, simpton2 kelahiran bayi, apa peranan ibu dan bapa..)

3)      Demonstrasi  tentang cara utk mandikan, memakaikan baju,membersihkan tali pusat bayi..demo ini ditunjukkan oleh seorang Charge Nurse (maaf sgt lupa namanya)..

Demo dari Charge nurse..

4)      Penerangan tentang Breasfeeding @ Penyusuan susu badan kepada bayi.. disampaikan oleh seorang staff hospital ..miss Woon kalau sy x silap namanya..

5)      Senaman untuk ibu mengandung…utk bahagian ini, sy hanya mengikuti senaman utk 3rd Trimester aja..lebih kepada pernafasan…tiada pergerakan yang agak sukar…

 Tamat saja kelas, kami dibawa mengelilingi Hospital.. agak kondusif suasana di hospital ini.. kami di bawa ke wad kecemasan, bilik bersalin dan diberi penerangan ringkas oleh Charge Nurse.. terima kasih atas info..

 

Selesai mengelilingi hospital, kami semua diminta ke café utk makan tghri..alhamdulillah…kira-kira jam 2 petang kami pulang… terima kasih atas layanan mesra dan penerangan yg begitu bagus dari semua staff di hospital ini… insyaAllah..sy akan maklumkan pada rakan2 yang lain…

 

 

akhir sekali, gambar kenangan setelah selesai kelas…