Pedoman Hidup…

Hanya padaNya aku bersujud..

Doa Memohon Keluasan Rahmat 13/11/2009

Filed under: Doa — farahdilah85 @ 6:16 AM

“ Ya Allah, Ya Tuhan kami, rahmat dan ilmu-Mu meliputi segala sesuatu, maka berilah ampunan kpd orang-orang yang bertaubat dan mengikuti jalan-Mu serta peliharalah mereka dari seksaan neraka yang menyala-nyala Ya Tuhan kami, masukkanlah mereka ke dalam syurga yang telah Engkau janjikan kepada mereka dari orang-orang yang soleh di antara bapa-bapa mereka, isteri-isteri mereka, dan keturunan mereka semua. Sungguh Engkaulah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana..Dan peliharalah mereka dari balasan kejahatan. Sebab orang-orang yang Engkau pelihara dari pembalasan kejahatan pada hari itu, sungguh telah Engkau anugerahkan rahmat kepadanya, dan itulah kemenangan yang besar.” (surah Al-Mukmin:7-9)

Advertisements
 

nice blog link to share 12/11/2009

Filed under: Uncategorized — farahdilah85 @ 11:08 AM

Salam,

 Entry kali ni, sy hanya mahu berkongsi sst dgn rakan2 semua…

After selesai membaca Novel Pendek ( SYAHADAH: DIALOG DGN GADIS MELAYU ATHEIS) – karangan Saudara Mohd Aswanizam… sy terus membuka laman blog nya…Alhamdulillah~ dpt jugak bbrp ilmu sebaik saja membaca tulisannya…

Tiada komentar yg boleh sy nyatakan disini…harap shbt2 semua dapatlah melawat web blognya – http://satuhala.blogspot.com/

 p/s: syukran saudara Nizam… moga saudara tidak berhenti utk menulis…

 

 

PadaMu Ku Bersujud (Afghan) 09/11/2009

Filed under: lagu — farahdilah85 @ 12:18 PM
Tags:

PadaMu Ku Bersujud (Afghan) 

Ku menatap dalam kelam
Tiada yang bisa ku lihat
Selain hanya nama-Mu Ya Allah

Esok ataukah nanti
Ampuni semua salahku
Lindungi aku dari segala fitnah

Kau tempatku meminta
Kau beriku bahagia
Jadikan aku selamanya
Hamba-Mu yang slalu bertakwa

Ampuniku Ya Allah
Yang sering melupakan-Mu
Saat Kau limpahkan karunia-Mu
Dalam sunyi aku bersujud

 

kad da siap !!

Filed under: kad kahwin — farahdilah85 @ 5:41 AM
Tags:

Salam kembali….

Alhamdulillah~ Sabtu lepas after pulang dr keje tghri tu, sy try menghubungi premis cetakan kad kahwin sy….

“ ok, Cik Farah punya kad sudah siap, boleh dtg ambil yer,” lembut pekerja kedai itu membalas pertanyaan sy…

“ Ok, terima kasih.. lagi setengah jam sy sampai.”

Terasa teruja nk tgk kad ni… even sy beli yg biasa2 saja… yg penting rakan2 nanti mudah faham dan jelas dgn maklumat dlm kad tu…InsyaAllah~

Setelah selesai urusan kad , sy terus memecut drive pulang ke Kluang.. sbb pd sebelah malamnya sy dan adik akan belajar mengaji dan berzanji….

Sampai Kluang dlm jam 3.40 ptg… setelah rehat dan makan sikit, sy pun memulakan operasi melipat kad-kad sy tadi… oppss…lupe pula…total kad yg sy tempah – 500 pcs… but, akan share dgn tunang ..kira 250pcs /person…

Siap melipat dlm jam 6.00 ptg..itupun x smpt lipat semuanya…. Sbb ada berenti rehat solat, makan… tp xpe..masih ada masa lagi…sbb niat nk edar hujung bulan 11 nanti…. Majlis sy pula bulan 12… so, InsyaAllah.. masih sempat….

Okay… dlm entry ni sy nak ucap terima kasih kpd Kak Norish…sbb beri tunjuk ajar pada sy utk lukis peta dua-dua pihak…yelah…susah jugak sbnrnye nak guna adobe illustrator ..lagi-lagi nak dapatkan vector / simbol2 peta…. Thanks kak….

Dan x lupe jugak pd kwn2 yg slalu bg pendpt utk pilih kad time awal2 dulu nak tempah…. Thanks guys…

And sorry to say, sy x upload artwork kad yer… sbb belum masanye… insyaAllah~ sy akan upload nanti… ( nanti x surprise…)

InsyaAllah~ moga urusan  kami dipermudahkanNya….amin~

 

 

 

 

 

 

 

 

Nafkah 06/11/2009

Filed under: buatmu Hawa — farahdilah85 @ 5:50 AM
Tags:

Tidak semua wanita yang tidak mahu berkahwin itu terlalu memilih suami yang berpangkat dan bergaji besar. Ada juga dikalangan mereka yang bercita-cita ingin mencari lalaki yang berilmu dan beramal diatas segala apa yang telah diperintahkan oleh Allah swt.

 Oleh itu mereka terpaksa bertangguh untuk mendirikan rumahtangga dan untuk mencari seorang lelaki yang beramal saleh di akhir zaman ini ibarat payahnya mencari sebutir mutiara asli. Sebabnya, ramai suami dewasa ini mencuaikan tanggungjawabnya di dalam mendidik ahli keluarganya malah tugas itu diserahkan sepenuhnya kepada isteri dan guru sahaja.

 Kita percaya hampir ke semua suami berjaya menunaikan tanggungjawabnya di dalam memberi nafkah zahir(seperti makan, minum, pakaian dan tempat tinggal) kepada ahli keluarganya. Tetapi bagaimana pula dengan tuntutan nafkah batin? Rata-rata masyarakat sekarang memahami bahawa tuntutan nafkah batin itu sekadar untuk melepaskan keperluan seks melalui jalan yang sah dan tidak lebih dari itu.

Bila sesempit itu pandangan mereka, maka timbullah berbagai masalah di dalam rumahtangga. Contohnya, ahli keluarga tidak pandai bersembahyang, tidak pandai mengaji Al Quran, cuai berpuasa dan tidak tahu hukum halal dan haram. Isteri dan anak-anak hidup terbiar tanpa asuhan dan dididkan Islam yang sewajarnya.

Nabi saw telah mengingatkan para suami dengan sabdanya yang bermaksud: “Takutlah kepada Allah dalam memimpin isteri-isterimu, kerana sesungguhnya mereka adalah amanah yang berada di sampingmu; barangsiapa tidak memerintahkan sembahyang kepada isterinya dan tidak mengajarkan agama kepadanya, maka ia telah berkhianat kepada Allah dan Rasul-Nya.”

Menunaikan nafkah batin bererti mengajar isteri dan anak-anak dengan ilmu serta didikan agama yang sempurna sehingga terbentuknya sebuah keluarga yang dianggotai oleh mereka yang soleh dan solehah. Barangsiapa yang cuai atau lari daripada tanggungjawab ini bererti dia telah menempah jalan ke neraka. Nabi saw pernah bercerita menerusi sabdanya yang bermaksud: “Tidak ada seseorang yang menjumpai Allah swt dengan membawa dosa yang lebih besar daripada seorang suami yang membodohkan ahli keluarganya.”

Apakah ilmu-ilmu dan didikan yang mesti diajarkan oleh seorang suami kepada ahli keluarga? Setiap suami bertanggungjawab mengajar anak isterinya ilmu-ilmu fardhu ain iaitu tauhid, fekah dan tasauf. tujuan mempelajari ilmu tauhid supaya aqidah mereka bertepatan dengan fahaman ahli sunnah wal jamaah. Contohnya, mempelajari sifat yang wajib, mustahil dan harus bagi Allah dan Rasul. Mempercayai rukun-rukun Iman dan rukun-rukun Islam.

 Kita diwajibkan mempelajari ilmu fekah sebagaimana penekanan Allah menerusi firmannya bermaksud: “Ketahuilah! Bahawa dianjurkan bagi seorang suami memerintahkan isterinya(dan mengingatkannya dengan nada yang lembut) dan menafkahinya menurut kadar kemampuannya dan berlaku tabah (jika disakiti oleh isterinya) dan bersikap halus kepadanya dan mengarahkannya ke jalan yang baik dan mengajarnya akan hukum-hukum agama yang perlu diketahui olehnya iaitu hukum bersuci, haid dan ibadah-ibadah (yang wajib dan sunat).”

Justeru itu, suami mesti mengajarkan isterinya cara-cara mandi hadas dan berwuduk serta masalah haid, nifas dan wiladah. Juga mengenai cara-cara menyucikan najis serta pembahagian air yang wajib untuk dibuat bersuci, hukum halal dan haram serta banyak lagi.

Tujuan mempelajari ilmu tasauf pula supaya setiap amalan yang dilaksanakan itu benar-benar ikhlas dan dijauhkan daripada bersifat riyak, ujub (hairan kepada diri sendiri) sombong dan lain-lain lagi.

Selain daripada perkara-perkara asas tersebut suami juga bertanggungjawab mendidik isteri, berakhlak mulia terhadapnya dan terhadap anak-anak, ibubapa, sesama isterinya sekiranya ada, rakan-rakan, jiran tetangga serta masyarakat.

Suami perlu memberitahu isteri tentang adab seorang isteri bersopan santun dalam segala percakapan dan tindakannya. Juga tentang akhlak semasa bersama anak-anak iaitu berbual dengan mereka dengan bahasa yang baik dan jangan suka memaki-hamun mereka dengan bahasa yang kesat. Kerana sesungguhnya kata-kata ibu itu mengandungi doa; jika tercetus dari mulut ibu kata-kata seumpama “Beruk punya anak1″ maka lahirlah watak beruk pada si anak yang sukar untuk dilentur perangainya.

Ajarkan juga isteri supaya menghormati dan beradap sopan ketika berhadapan dengan ibubapa dan mertuanya. Memuliakan keluarga suami lebih daripada yang lain. Sentiasa memberi nasihat kepada isteri jika ia suka mengumpat, berleter atau memfitnah jiran tetangganya. Ingatkan isteri supaya jangan suka menceritakan keburukan dan kelemahan suami kepada orang lain.

 Selalu ingatkan isteri supaya banyak bersabar dalam menempuh segala ujian dan perintah-perintah Allah swt. Ajarkannya batas-batas aurat dan batas-batas pergaulan seorang wanita. Pastikan auratnya terkawal ketika pergaulan dengan sanak saudara, sahabat-sahabat perempuan, dan ketika berhadapan dengan lelaki yang bukan muhramnya. Dan supaya isteri tidak keluar rumah tanpa izin daripada suami.

Isteri yang berjaya dididik dengan baik akan menjadi insan yang patuh kepada Allah dan taat pada suaminya dikala susah mahupun senang. Dia akan menjadi insan yang sentiasa menjadi pendorong serta penasihat kepada suami dalam hal-hal kebaikan, malah sentiasa mendoakan keselamatan ke atas suaminya pada setiap waktu.

Kesimpulannya, inilah sebahagian daripada tanggungjawab suami dalam menunaikan nafkah batin kepada isteri. Kiranya suami jahil dan tidak mampu untuk mengajar isteri dan anak-anak, dia wajib berusaha mencari guru yang mampu mengajar. Semoga dirinya dan ahli keluarganya terselamat daripada seksa di akhirat kelak.

 Ibnu Abbas pernah berkata: :Berilah pengertian agama kepada mereka (ahli keluarga) dan berilah pelajaran budi pekerti yang bagus kepada mereka.”

 Kebenaran tetap ada walau dalam kesamaran. Wallahu’alam

 

 

minta pndpt… 04/11/2009

Filed under: walimah — farahdilah85 @ 11:52 AM
Tags:

salam,

entry kali ni just nk minta pndpt kekwan sket…apa barang yg boleh diberi kpd pengantin lelaki dalam upacara batalkan air sembahyang? hopefully kekawan sudi share something…

thanks~

 

Dokumen Nikah selesai..Alhamdulillah

Filed under: urusan dokumen walimah — farahdilah85 @ 2:42 AM
Tags:

Salam semua,

Alhamdulillah~ semalam (hari Isnin – 2 Nov 09) , urusan dokumen2 nikah sy sudah selesai…Alhamdulillah ~ dipermudahkan Allah swt… walaupun terpaksa mengambil cuti sehari…

Sy ke pejabat agama Daerah Batu Pahat bersama2 dgn mak dan abah… kami bertolak awal pagi..kira2 jam 7.30 pagi..perjalanan ambil masa sejam lebih…al-maklumlah dari Kluang..agak jauh… mesti tertanya2 kenapa sy ke pjbt agama bt pht..walhal sy tinggal di kluang ? ok..jawapannya adalh krn kawasn tmn sy (Sri lalang) adalh mukim batu pht..jadi segala urusn2 rasmi..kami perlu ke sana…ok..berbalik kepada cerita asal, sebaik saja sampai ke pjbt (bhgn urusn nikah).. agak ramai bakal2 pengantin hadir… mak dan abah mencari tmpt duduk..sy pula menghantr dokumen2 ke kaunter.. agak penat sy lihat pegawai2 yg menguruskn … sampaikan ada seorang ustazah di situ sampai x menang tangan, lalu terpaksa memanggil pegawai yg lain utk membantu… dlm hati terasa nk bantu…tp sbb diri ni x berkelayakkn..jadi tangguhkan la dulu niat tu..huhu~

 Then, dlm 10 minit after sy menghantr dokumen, nama sy dipanggil utk mengambil semula dokumen2 yg lengkap td dan diberi sehelai borang … rupa2 nye borang utk sesi temuduga…setelah sy lengkapkan borang2 tu, sy diminta utk masuk ke sebuah bilik utk sesi temuduga dan yg menemuduga sy adalh seorang ustaz… soalan2 yg sy perlu jawab adalah – mengucap 2 kalimah syahadah, bacaan Al-fatihah, rukun nikah, niat mandi wajib, dan juga bab bersuci… Alhamdulillah~ bersyukur sangat2 dipermudahkan urusan..

Selesai sesi temuduga, sy ke kaunter utk mendapatkn borang2 lain utk dikepilkan bersama dokumen lengkap td utk diserahkan kpd jurunikah… total borang yg dibeli RM17.00 (jumlah harga bagi borang 3, borang 6,dan borang 8)…

 Bersyukur sgt2..urusan dipermudahkan Allah swt…