Pedoman Hidup…

Hanya padaNya aku bersujud..

Isu Politik Thailand.. 13/04/2009

Filed under: Isu Semasa — farahdilah85 @ 7:13 AM
Tags:

Bangkok darurat

 

KUALA LUMPUR 12 April 09– Utusan Malaysia

 

Kedutaan Malaysia di Thailand mengeluarkan nasihat perjalanan kepada rakyat Malaysia supaya menangguhkan lawatan ke negara itu berikutan keadaan tidak selamat dan tunjuk perasaan anti kerajaan yang semakin tegang.

 

Duta Besar Malaysia ke Thailand, Datuk Husni Zai Yaacob berkata, nasihat itu dikeluarkan ekoran kebimbangan mengenai keadaan di negara tersebut yang boleh mengancam keselamatan rakyat Malaysia.

 

Menurutnya, pihaknya juga berpendapat keganasan boleh tercetus pada bila-bila masa berikutan ketegangan semakin memuncak antara penyokong kerajaan dan Perdana Menteri yang disingkirkan Thaksin Shinawatra.

 

Tambah beliau, bagi rakyat Malaysia yang mempunyai urusan tidak dapat dielakkan, mereka diminta melaporkan diri di Kedutaan Malaysia di Thailand sebaik tiba di sana.

 

“Rakyat Malaysia yang sedang berada di Bangkok juga dinasihatkan mengelak daripada melakukan perjalanan domestik dan sentiasa memantau maklumat terkini menerusi media.

 

“Pihak kami (kedutaan Malaysia di Thailand) juga sentiasa membuat pemantauan dari semasa ke semasa. Buat masa ini keadaan di Thailand masih tidak stabil,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

 

Advertisements
 

Barisan Kabinet Malaysia 2009 10/04/2009

Filed under: Isu Semasa,Uncategorized — farahdilah85 @ 12:22 PM
Tags:

PUTRAJAYA:

 

Senarai jemaah menteri yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak :-

 


PERDANA MENTERI: Datuk Seri Najib Tun Razak

 


TIMBALAN PERDANA MENTERI: Tan Sri Muhyiddin Yassin

 


MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI
1. Tan Sri Dr Koh Tsu Koon (Hal Ehwal Perpaduan & Pengurusan Prestasi)
2. Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz (Hal Ehwal Perundangan dan Parlimen)
3. Tan Sri Nor Mohamed Yakcop (Unit Perancang Ekonomi)
4. Mej Jen (B) Datuk Jamil Khir Baharom (Hal Ehwal Agama Islam)

 


Timbalan-timbalan Menteri:
1. Datuk Liew Vui Keong
2. Datuk Dr Mashitah Ibrahim
3. Datuk S.K. Devamany
4. Ahmad Maslan
5. T.Murugiah

 


MENTERI KEWANGAN:
Datuk Seri Najib Tun Razak

 


MENTERI KEWANGAN II:
Datuk Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah


Timbalan:
1. Datuk Chor Chee Heung
2. Datuk Dr Awang Adek Hussin

 


MENTERI PELAJARAN:
Tan Sri Muhyiddin Yassin


Timbalan:
1. Datuk Dr Wee Ka Siong
2. Dr Mohd Puad Zarkashi

 


MENTERI PENGANGKUTAN:
Datuk Ong Tee Keat


Timbalan:
1. Datuk Abdul Rahim Bakri
2. Datuk Robert Lau Hoi Chew

 


MENTERI PERUSAHAAN, PERLADANGAN DAN KOMODITI:
Tan Sri Bernard Dompok


Timbalan:
1. Datuk Hamzah Zainudin

 


MENTERI DALAM NEGERI:
Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein


Timbalan:
1. Datuk Wira Abu Seman Yusop
2. Jelaing anak Mersat

 


MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI, KESENIAN DAN KEBUDAYAAN:
Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim


Timbalan:
1. Datuk Joseph Salang Gandum
2. Senator Heng Seai Kie

 


MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR:
Datuk Peter Chin Fah Kui

Timbalan:
Noriah Kasnon

 


MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH:
Datuk Seri Shafie Apdal


Timbalan:
1. Datuk Hassan Malek
2. Datuk Joseph Entulu anak Belaun

 


MENTERI PENGAJIAN TINGGI:
Datuk Seri Mohd Khaled Nordin

Timbalan:
1. Datuk Dr Hou Kok Chung
2. Datuk Saifuddin Abdullah

 


MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI:
Datuk Mustapa Mohamed


Timbalan:
1. Datuk Mukhriz Mahathir
2. Datuk Jacob Dungau Sagan

 


MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INNOVASI:
Datuk Dr Maximus Ongkili


Timbalan:
Fadillah Yusof

 


MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR:
Datuk Douglas Uggah Embas


Timbalan:
Tan Sri Joseph Kurup

 


MENTERI PELANCONGAN:
Datuk Dr Ng Yen Yen


Timbalan:

Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman Abdul Taib

 


MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI:
Datuk Noh Omar


Timbalan:
1. Datuk Johari Baharum
2. Datuk Rohani Abdul Karim

 


MENTERI PERTAHANAN:
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi


Timbalan:
Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad

 


MENTERI KERJA RAYA:
Datuk Shaziman Abu Mansor


Timbalan:
Datuk Yong Khoon Seng

 


MENTERI KESIHATAN:
Datuk Liow Tiong Lai


Timbalan:
Datuk Rosnah Rashid Shirlin

 


MENTERI BELIA DAN SUKAN:
Datuk Ahmad Shabery Cheek


Timbalan:
1. Datuk Razali Ibrahim
2. Wee Jeck Seng

 


MENTERI SUMBER MANUSIA:
Datuk Dr S.Subramaniam


Timbalan:Datuk Maznah Mazlan

 


MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA:
Datuk Ismail Sabri Yaakob


Timbalan:
Datuk Tan Lian Hoe

 


MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN:
Datuk Kong Cho Ha


Timbalan:
Datuk Lajim Ukin

 


MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT:
Datuk Seri Sharizat Jalil


Timbalan:Datin Paduka Chew Mei Fun

 


MENTERI LUAR:
Datuk Anifah Aman


Timbalan:
1. A.Kohilan Pillay
2. Datuk Lee Chee Leong

 


MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN:
Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin


Timbalan:
Datuk M.Saravanan

 kabinet_2009

 

Ikhlaskah kita?

Filed under: muhasabah diri — farahdilah85 @ 12:19 PM
Tags:

ikhlas2

Oleh Imam Khalid di Soleh.Net


Ikhlas adalah paling tinggi selepas iman. Ia adalah rahsia Tuhan hinggakan para malaikat pun tidak tahu dan yang empunya diri pun tidak dapat mengesannya. Ia adalah penentu samada amalan diterima atau ditolak.


Ada para sahabat apabila mendengar tentang ikhlas menangis mereka. Mereka merasa tidak selamat, rasanya tidak mungkin dapat perolehinya yang begitu tinggi nilainya kerana susahnya mendapat sifat ikhlas.


Islam tidak membenarkan seseorang mengaku ikhlas.
Siapa yang mengaku ikhlas walaudpun sebelum ini ikhlas, automatik, ikhlasnya terbatal.
Contoh-contoh bagaimana yang dikatakan mengaku ikhlas: Membantu seseorang sambil berkata,“Ambillah, saya ikhlas…”


Menolong seseorang tapi pertolongannya ditolak.“Saya tolong awak ini ikhlas, tapi sedih, awak menolak..”Dalam menulis surat kita selalu mengakhiri dengan tandatangan,
“Yang ikhlas.”
“Yang Benar.”


Dalam Islam, mengaku baik adalah salah. Siapa yang mengaku ikhlas, siang-siang lagi terbatal. Tiada siapa yang mengetahui siapa yang ikhlas sekalipun yang empunya diri. Tiada siapa yang berhak mengaku ikhlas, Cuma berusaha moga-moga jadi ikhlas dan moga-moga diterima Allah.
Erti IkhlasMurni, bersih, jenis dia sahaja, tidak bercampur jenis-jenis yang lain. Tidak dinodai seperti air yang tidak bercampur dengan sabun, tepung, sebab apabila sudah bercampur dengan benda lain, sudah tidak khalis lagi (tidak pure).


Begitulah dalam beramal, solat, zakat, baca Quran,mengajar, berdakwah, menolong, motivasi, forum, ceramah, belajar, semata-mata kerana Allah:
1. kerana suruhan-Nya
2. kerana keredhaan-Nya
3. kerana arahan-Nya
4. kerana mentaati-Nya
5. kerana patuh pada-Nya


Jadi perkara di atas adalah dari sebab atau kerana-Nya yang satu, tujuan satu, dan didorong oleh yang satu iaitu Allah. Abdikan diri kerana Allah, tidak dicampur atau bercampur selain Allah – itulah ikhlas – dorongannya satu. Apa yang nak berlaku atau nak jadi atau tidak jadi, tidak timbul sama sekali sebab niat semata-mata kerana Allah.


Sekiranya niat, dorongannya telah tercampur atau terselit niat-niat yang lain dari Allah seperti kerana riak, megah, glamor, pangkat, orang minta, takut orang tidak suka, mental exercise, boring tinggal di rumah, undi, uji kemampuan, hendak berlawan, hendakkan piala, hadiah, kerana kawan – maka ia tidak khalis atau ikhlas telah ternoda. Dengan itu boleh jatuh syirik khafi.


Di akhirat nanti Allah menyuruh dia meminta pada orang yang dia niat kerananya. Allah tidak balas kebaikan itu kerana ia mempunyai “kerana-kerana” yang selain dari “kerana Allah”.
Untuk ikhlas, sebenarnya amat susah sekali terutama yang ada kaitan kepentingan umum atau orang ramai yakni yang terdedah kepada pandangan umum seperti berdakwah, mengajar, gotong-royong, baca Al-Quran di depan orang, forum, upacara memberi hadiah – lebih-lebih lagi orang yang tidak memikirkan hati lalu hati dibiar dan terbiar. Jarang diambil kira, selalunya ramai yang terjebak.


Khususul Nafs – kepentingan diri seperti ingin popular, disedari atau tidak kerana kurang menyuluh hati. Awal-awal lagi nawaitu (niat) telah rosak seperti membuat rumah di atas lumpur.


Ada tiga jenis kerosakan yang berlaku pada 3 jenis kedudukan:
1. awal
2. pertengahan
3. akhir


Kerosakan awal contohnya seperti berdakwah. Sebelum memberi ceramah, hati kecilnya berkata:
“Inilah masanya nak jadi popular”
“Aku akan jadi terkenal…”
“Dengan ceramah ini dapatlah duit poket.”


Ada juga yang berniat untuk menghentam seseorang atau golongan tertentu sebelum berceramah, akibatnya rosaklah ikhlasnya ibarat orang yang melukis di atas air.
Kerosakan pertengahan pula contohnya niat untuk berceramah sudah baik tetapi sewaktu berceramah, ada pendengar yang angguk-angguk atau ada yang menangis kerana mendengar ceramah yang memberi kesan itu hingga hati kecil kita berkata:
“Hebat juga aku hingga ada orang boleh terima ceramah ini dan ada pula yang menangis.”


Kerosakan akhir pula contohnya niat dan sewaktu berceramah tidak ada apa-apa yang rosak, berjalan dengan baik tetapi sewaktu balik dari berceramah ada kawan yang datang bersama di dalam kereta berkata:
“Hebat betul ceramah ustaz tadi hingga ada yang menangis.”


Waktu itu maka datanglah rasa ujub hingga lupa ia semua itu datang dari Allah jua. Sepatutnya ia merasa malu kerana ini semua bukan dari dirinya tetapi hakikatnya dari Allah. Orang begitu ibarat membangunkan rumah tiba-tiba siap sahaja rumah itu terus runtuh.


Orang ramai yang mendengar ceramah tersebut juga tidak berubah sebab hati sudah cacat. Mereka memuji kita, tetapi tetap tidak berubah sebab dari rasa riak. Sifat taqwa sudah ternafi. Oleh itu buatlah kerja-kerja dengan penuh tawadhuk, takut dan cemas samada diterima amalan kita atau ditolak.


Ingatlah:
“Sesungguhnya Allah tidak melihat amalan lahir kamu, tapi amalan hati kamu.”
Apabila kita melakukan sesuatu niat kerana Allah semata-mata, tetapi ada orang mengkritik kita, kita melenting, hati tidak senang dengan orang itu, bermakna kita masih mempunyai niat lain selain dari Allah.


Dalam menghadapi keadaan dimana susahnya untuk mendapat ikhlas ini, kita berdoalah pada Allah dengan doa yang berikut:
Wahai Tuhan, rasanya kami belum berbuat apa-apa sebelum ini. Kalaupun ada berbuat sudah tentu ada kepentingan diri. Kalaulah bukan pimpinan dan bantuan-Mu Tuhan, rasanya sebarang amalan kami mungkin tertolak semuanya. Berilah selalu hidayah dan taufiq-Mu, ya Allah agar segala lahir dan batin menuju keredhaan-Mu, ya Allah.


Ikhlas umpama semut hitam berada di atas batu hitam di malam yang gelap. tiada siapa pun yang tahu tentang ikhlas kecuali Allah. Ikhlas adalah rahsia di dalam rahsia Allah.


Wallahu a’lam.

 

 

ahlan wahsahlan..farah

Filed under: Uncategorized — farahdilah85 @ 10:18 AM

salam..

Ini adalah blog (wordpress) yg sy create even sudah mempunyai blog seblm nie(blogspot)..saje tukar angin.. insyaAllah..mudah-mudahan sy akan sentiasa berkongsi cerita dan berita bersama-sama shbt semua..

Diharap menerusi blog nie..dptla kita merapatkan ukhuwah sesama kita..