Pedoman Hidup…

Hanya padaNya aku bersujud..

Berpindah semula ke blogspot !! 15/10/2010

Filed under: Uncategorized — farahdilah85 @ 10:00 AM

salam semua..mohon maaf ats kesulitan… kini sy akan update semua entri terbaru dlm blogspot …harap2 sudi menjengah yer…

http://www.angahfarah-jalinankasih.blogspot.com

terima kasih semua…

 

Menghitung hari.. 14/10/2010

Filed under: Uncategorized — farahdilah85 @ 10:12 AM

salam semua..

syukur masih diberi daya upaya utk memandu sendiri..even termengah2 berjalan..

bila tgk tajuk menghitung hari..ye..mmg kini sy menghitung hari menanti suami pulang dari selesaikan tugasannya di Singapura..( 2 bulan) dan dlm masa sama..sy juga menghitung hari menunggu kelahirn bayi kami ini..

di fikiran sy kini tiba-tiba teringat kata-kata seorg rakan ofis suami yg memberi email kepada sy.. bertanya keadaan sy yg sudah hampir sebulan lebih tinggal di rumah sorang diri mengenangkan suami ditugaskan sekejap ke Singapura..

macam2 persoalan yg ditanya.. rakan ofis suami ni seorg kakak..sy panggil namanya kak huda..da ada 3 org anak.mmg baik dan peramah..sbb pernah bagi sy rasa buah pala (dr penang)..masa tu mmg mengidam..

aah..lupe pula..antara soalan dan jawapan yg sy rasa agak lucu dari kak huda :
” fara rajin masak ke tidak bila khairul x de ni? kalau akk malas..beli aja..sbb rasa macam main pondok-pondok pula masak sorang2..”

jujurnya memang sejak cik abang da ke singapura ni, sy agak lemah sket nak masak sorang2..nak tunggu sy masak, kena tunggu la cik abang yg request utk rasa masakan sy…

apa2 pun, fikirn sy kini lebih menanti bila agaknya cik abang selesai tugasannya di sana..insyaAllah..moga urusannya dipermudahkan Allah swt…amin..

 

Apa yang sy rasa sekarang ? 13/10/2010

Filed under: Uncategorized — farahdilah85 @ 3:24 AM

salam semua..

Alhamdulillah..hingga hari ini sy masih diberi kekuatan dan ketabahan utk meneruskn kehidupan..

rasa syukur atas rahmat dan nikmat yg Allah swt berikan..

hari2 yg sy lalui kini yg bakal menjadi ibu kelak, membuatkan sy rs begitu syahdu.. memikirkan betapa besarnya kuasa Allah swt yg Maha Esa…

rata2 rakan2 ofis dan rakan2 lama bertanya kpd sy.. dah siap beli barang2 baby? berdebar x nak melahirkan baby? da scan baby?

sy mampu tersenyum aja.. alhamdulillah..setakat ini.. barang2 keperluan baby da kami sediakn.. sekadr yg penting dahulu… brg2 sy pula pun sudah sy kemas2.. ada kala rasa risau di hati bertandang kerana duduk di rumah bersendirian.. almaklum , kini suami di Singapura..ditugaskn disana..insyaAllah..hujung bln ni selesai kerjanya di sana..setelah 2 bulan…moga semuanya berjalan seperti diharapkan..

jika ditanya perasaan sy kini..mmg sy akui agak berdebar2 … namum saat sy merasai dan melihat pergerakn baby sy di dalam perut ni, hilang sikit rasa debar2.. alhamdulillah..suami dan keluarga sentiasa memberi kata2 semngt…cuma keadaan kini sy rasa begiu mengah utk berjalan jauh..org kata biasala, da semakin sarat..berat rasanye..

apa2 pun, sy mengharapkn agar semua urusan kami dipermudahkn.. dan sebelum terlupa, sy ingin mengucapkan tahniah kepada rakan blog sy, kak umi kerana selamat melahirkn ank ke-3 pd 28 Sept lalu..dan tak lupa juga kepada rakan sekelas sy di UTM, zaslin yg juga selamat melahirkan anak sulung awal bulan Oct ini..tahniah sy ucapkn..

 

Latest picture..dengan Sofea !! 09/10/2010

Filed under: santai — farahdilah85 @ 6:10 AM

Gambar ini diambil masa majlis rumah terbuka rakan ofis suami di Perling… sempat bergambar dgn anak rakan ofis suami yg lain…sabar ye sofea..tahun depan insyaAllah ada kawan yer….

 

My 7th Check-Up !! – ( 30 Weeks)

Filed under: Kehamilanku.. — farahdilah85 @ 5:07 AM

Salam semua,

 Alhamdulillah..semalam sy masih berupaya drive sendiri ke klinik kesihtn utk pemeriksaan bulanan .. (suami masih di singapura)… sy terpaksa ambil cuti setengah hari, sbb appointment sy pada jam 2 ptg…

 Macam biasa, rutin pemeriksaan bulanan:

 Berat = 53kg (ok..sbb naik 0.5kg aja)..

Tekanan darah =  110/70  (normal)

Kepekatan darah = 10.1 mg% (yg ni turun dah..risaunye..nurse minta sy makan pil ioidin 2 biji setiap pagi, kebiasaannya hanya sebiji..)..

Urine = bersih (alhamdulillah)..

Degup jantung baby = normal.. (anak ummi sihat..insyaAllah)…

 Kini kandungan sy da masuk 30 minggu… rs sekejap aja.. nurse sempat bertanya, “dah beli barang2 baby?’’ ..sy jawab “ dah nurse..beli mana yg perlu”…

Kira2 jam 3.30ptg,sy pun drive balik ke rumah… insyaAllah..next pemeriksaan ( 20hb Oct) ..sy kena jumpe doktor.. moga pemeriksaan akan dtg baik2 aja keputusannya…

 

Kelas Antenatal kami.. 04/10/2010

Filed under: Kehamilanku.. — farahdilah85 @ 9:36 AM

Salam semua,

 Ahad lepas, sy dan suami diberi kesempatan utk bersama-sama menghadiri kelas antenatal di Hospital Columbia Asia nusajaya,johor…

Kelas bermula pada jam 10.30 pagi… sempat juga merasa sarapan yang disediakan..sedap juga pancake yg sy rasa…

berasa teruja menghadiri kelas ini… sy mendapat maklumat melalui kenalan tentang kelas di hospital ini.. Seramai 7 pasangan hadir.. kami semua dibawa ke bilik taklimat..di situ kelas diadakan..

 Sempat juga bergambar kenangan di kelas.

Skop kelas dibahagikan kepada 5 bahagian:

1)      Penerangan tentang kelahiran (normal) – disampaikan oleh Dr.Teh.

(Penerangan lebih kepada persediaan mental fizikal ibu utk melahirkan bayi..cara yang betul untuk menghadapi saat kelahiran.. ada bbrp gambar proses kelahiran ditunjukkan..)

2)      Penerangan tentang persediaan menerima kelahiran bayi – disampaikan oleh Dr.Izzudin

(Penerangan lebih kepada penjagaan bayi di awal kelahiran, simpton2 kelahiran bayi, apa peranan ibu dan bapa..)

3)      Demonstrasi  tentang cara utk mandikan, memakaikan baju,membersihkan tali pusat bayi..demo ini ditunjukkan oleh seorang Charge Nurse (maaf sgt lupa namanya)..

Demo dari Charge nurse..

4)      Penerangan tentang Breasfeeding @ Penyusuan susu badan kepada bayi.. disampaikan oleh seorang staff hospital ..miss Woon kalau sy x silap namanya..

5)      Senaman untuk ibu mengandung…utk bahagian ini, sy hanya mengikuti senaman utk 3rd Trimester aja..lebih kepada pernafasan…tiada pergerakan yang agak sukar…

 Tamat saja kelas, kami dibawa mengelilingi Hospital.. agak kondusif suasana di hospital ini.. kami di bawa ke wad kecemasan, bilik bersalin dan diberi penerangan ringkas oleh Charge Nurse.. terima kasih atas info..

 

Selesai mengelilingi hospital, kami semua diminta ke café utk makan tghri..alhamdulillah…kira-kira jam 2 petang kami pulang… terima kasih atas layanan mesra dan penerangan yg begitu bagus dari semua staff di hospital ini… insyaAllah..sy akan maklumkan pada rakan2 yang lain…

 

 

akhir sekali, gambar kenangan setelah selesai kelas…

 

Raya di rumah Kak Zarah & Festival Jepun-Malaysia 01/10/2010

Filed under: santai — farahdilah85 @ 12:12 PM

Salam semua..

Alhamdulillah… hari sabtu yang lalu..sempat juga sy dan suami berkunjung ke rumah kak zarah (rakan ofis sy) di tampoi,johor..biarpun suami masih keletihan..kerana baru balik dari Singapura,alhamdulillah..diberi kesempatan utk bertandang..terima kasih kak zarah atas jemputan…kami tiba selepas zohor.. rakan ofis lain  yg sempat bertandang – Yana dan suami serta Hairul dan isteri..banyak juga makanan yang kak zarah sediakan… ada spaghetti, mee goreng, nasi himpit dan rendang kerang… rendang kerang ni, suami makan berulang2..katanya sedap..yelah,rendang ni rasanye org utara aja yang masak..jadi,memang kat johor ni jarang nampak…

                    Juadah : Mee Goreng, Spagetti, ada lontong dan rendang kerang…

Yana dan Suami

Bob dan isteri

saya dan yana

Dalam jam 3.30 ptg, kami minta izin utk balik… sbb suami mengajak ke Danga Bay..katanya ada festival.. sy pun tak bertanya lebih..ikut saja…rupanya Festival persahabatan Jepun-Malaysia..memandangkan suami bekerja di bawah syarikat Jepun, jadi secara tidak langsung syarikatnya  pernah terlibat sama… kami ke sana tak lama… saya pun tak berapa larat berjalan… kaki dah mula lenguh2.. sempat la ambil beberapa keping gambar…

 

cenderamata yang diberi kepada orang ramai